mukadimah

ASSALAMUALAIKUM dan selamat datang ke blog ini..ini hanya lah blog peribadi yang diusahakan oleh aku sendiri..follower hanya terdiri daripada kawan-kawan terdekat sahaja..tidak berminat untuk menambah kawan maya tetapi jika anda mahu follow silakan tapi ouuuhh please jangan tinggal jejak dengan menaip 'ak da follow, follow me back keyh'!..oouh..tak suka..sila tinggalkan komen atau di shoutbox supaya saya tahu anda melawat blog saya..terima kasih(^_^)

Saturday, April 30, 2011

setan kau!

bismillahirahmanirahim....



erk!..agak2 la aku nak maki orang cam2!..hey,...rilek2...sabar2..sebenarya semalam ade kawan adik aku suh aku bace 1 buku ni..tajuk dia MACAM2 SYAITAN..macam buku kanak2 tapi bila aku bace..wahhh!..banyak giler informasi pasal syaitan..banyak laaa tapi ni je yang aku ingat..xsempat nak pinjam lame2...huhuhu..

Pemimpin-pemimpin syaitan

1. TSABAR- syaitan yang pergi pada orang yang mendpat musibah. Dihasutnya orang itu sehingga bersangka            buruk kepada Allah.

2. DASIM- syaitan yang meruntuhkan rumah tangga manusia.

3. AL-A'WAR- syaitan yang menunjukkan jalan manusia supaya berzina

4. MASWATH- syaitan yang menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah dan gosip sehingga timbul permusuhan

5. ZALNABUR- syaitan yang menghasut manusia supaya bermusuh-musuhan

6. ZALITUN- menggoda orang ramai di pasar dan pusat2 beli-belah supaya membazir berbelanja

7. A'AWAN- syaitan yang menghasut pemerintah supaya zalim terhadap rakyat

8. HAFFAF- syaitan yang suka mendampingi orang yang gemar ke kelab malam dan disko

9. MURRAH- syaitan yang melakukan kerja melalaikan ahli-ahli muzik daripada menginggati Allah

10. WALAHAN- syaitan yang pakar meniupkan was-was di hati manusia khasnya dalam ibadah

PUSAT pentadbiran IBLIS

pusat pentadbiran Malaysia ialah di putrajaya..macam tu jugalah dengan iblis ni..iblis dan syaitan pown ade pusat pentadbiran..terkejut??betol la..xcayer??..

pusat pentadbiran iblis ialah di ATAS AIR dan DI TENGAH2 LAUTAN...dimana??WALLAHUALAM..

*segi tiga bermuda ialah sebuah kawasan di lautan yang berada ditengah2 lingkaran 3 penjuru (*mcm amik lesen da ade 3 penjuru ni) iaitu puerto rico, pulau bermuda dan pantai miami. banyak kejadian misteri berlaku. kapal dan krew yang melalui situ telah hilang dan ghaib begitu sahaja..xkisah la kapal laut ke, kapal terbang ke, submarine ke...mungkin kah disitu tempatnya??hanya Allah yang mengetahui..

Nisbah bilangan manusia, jin dan malaikat

- 1 manusia = 99 jin
- 1 jin = 99 malaikat
- 1 malaikat di bumi = 99 malaikat yang memikul Arasy

- makanan ruji syaitan ialah tulang binatang

syaitan MENYELINAP melalui
- lubang hidung
- lubang telinga
- liang roma

- hati dan otak ialah tempat di mana syaitan suka tinggal sebab di situ la pusat mengawal manusia

- syaitan boleh membolosi jisim manusia kerana syaitan bersifat halus iaitu Allah jadikan daripada salah satu unsur api.

- syaitan mendampingi manusia sejak kita lahir lagi tetapi ada seorang bayi yang tidak disentuh oleh syaitan semasa lahirnya..dia ialah ISA BIN MARYAM (Nabi Isa as)




banyak la kisah2 dalam al-Quran yang aku baca..tapi aku xingat la..ingat2 tapi xfully ingat..huhu..memang manfaat giler la aku bace buku tu...bes2!..ape kata korang search je kat SINI














hahahahahahahaha..tu maknanye aku suh CARI sendiri..haha...aku pown xtau la linknya..same2 la kite mencari!..padan muke...sume nak senang, payah la camni...hahahaha

No comments:

Post a Comment