mukadimah

ASSALAMUALAIKUM dan selamat datang ke blog ini..ini hanya lah blog peribadi yang diusahakan oleh aku sendiri..follower hanya terdiri daripada kawan-kawan terdekat sahaja..tidak berminat untuk menambah kawan maya tetapi jika anda mahu follow silakan tapi ouuuhh please jangan tinggal jejak dengan menaip 'ak da follow, follow me back keyh'!..oouh..tak suka..sila tinggalkan komen atau di shoutbox supaya saya tahu anda melawat blog saya..terima kasih(^_^)

Tuesday, April 19, 2011

PMS

bismillahirahmanirahim...


assalamualaikum...hari ini aku nak bercakap pasal PMS..apa itu PMS?




Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

SIMPTOM
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria(murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS:]
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

paham x?haha..kesimpulannya semua wanita, perempuan, gadis akan mengalami senguggut..terpulang kepada hormon dalam badan sama ada senguggut itu teruk atau tidak..ada sesetengah wanita jarang dapat senguggut bila datang haid..ada juga yang kena teruk sampai terguling2, menangis..sape yang TAK pernah senguggut??angkat tangan macam saya~...haha

bila senguggut korang akan rasa seperti rahim korang ditarik-tarik..dipulas-pulas, dipusing-pusing..ok..mlampau sekejap..haha..memang sakit larhh!lagi 1 sakit pinggang...

pas2 bila datang haid emosi akan berubah2..
- cepat marah
- cepat spoil mood
- sekejap mood ok tiba2 boleh jadi xbaik
- kegedikan melampau
- kempunan makanan
- kuat makan
- dan beberapa yang lain

so normal la kalau korang selalu angin sebab hormon dalam badan korang tengah berperang..so nak marah je kn?

untuk diri aku aku pernah la senguggut ni..tapi xteruk pown..tak de la sampai menangis2..terguling2...pernah xboleh nak bangun tu ade la..tapi tu tahan lagi..tapi kalau sakit pinggang memang xtertahan la wei!..betul..aku memang kalau sakit pinggang rase macam nak mati je..sakit sesangat..duduk lenguh, berdiri lenguh..segala-galanya memang xbetul da..

aku pernah tengok kawan2 aku yang senguggutnya melampau2..sampai xboleh nak bercakap..hanya mampu menangis sambil tekan2 perut..xboleh bangun..kena tuam towel tekap kat perut..tragis juga la aku tengok..kesian dowhh...

so no wonders la bila perempuan susah nak keluar jalan2 time datang haid..sakit weh!..aku pernah ikut mak aku keluar pas2 time tu juga aku sakit bahagian pinggang plus rahim ditarik2...menangis la aku time tu..aku duduk dalam kereta menangis sensorang!..hahaha...

tibe2 aku teringat time aku sekolah dulu..aku kan sekolah convent..so mesti lah semua perempuan.dalam 1 kelas ada dalam kurang 40 orang..bila time akhir form 2, aku dengan kawan aku je yang tak baligh lagi..pelik giler larhh..xde orang percaya aku xdatang lagi sebab kawan aku lagi sorang tu kecik je orangnya..masa form 3 pown xdatang bulan lagi..berlumba2 la aku dengan kawan aku tu...las2 kawan aku tu datang dulu..tinggal aku seorang..kalau time agama je..nk tadarus or PAFA mesti aku kena attack dulu..haru betul!..huhu..tapi akhirnya bulan 5 2008 aku da baligh!..haha..lambat giler kan..?so kirenya aku baru 2 tahun lebih mengalami senguggut ni..hahahaha..aku lamabt monopose nnty!..eh ade kena mengena ke??ntah la..aku xsure...

kalau korang kena senguggut kalau boleh elakkan la makan panadol menstrual yang kaler pink tu..bahaya..boleh kasi kesan sampingan..kalau korang asyik makan boleh bagi effect dekat rahim so better watch out!..korang tuam je dengan air panas...kalau xboleh jugak cuba korang try tuam dengan campuran air isotonik dengan air biasa..xtau la jadi ke x!..haha

No comments:

Post a Comment